Wednesday, September 16, 2015

Zakat Emas Perak itu Wajib di Bayar

Zakat Emas

Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu.


At- Taubah; ayat 34-35

Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.


CONTOH PENGIRAAN :


Hari ini ( 16 / 9 / 2015 ) nisab harga emas semasa bernilai Rm 133.04 (1gram)
(sumber dari website MAIWP http://www.zakat.com.my/arkib-nisab-tahunan)

kadar wajib zakat 85gm keatas Emas tersimpan tanpa diusik.
Contoh dalam simpanan ada 200gram Emas Fizikal tersimpan tanpa diusik selama setahun
( cukup haul )

1gm emas = RM 133.04 x 200gram = RM 26,608,00

200gm emas = RM 26,608,00 x 2.5% = RM 665,20

Zakatnya = RM 665,20 ( yang perlu di bayar )

* nak genapkan Rm670 pun tidak ada masalah...

u give more u get back more itu janji Allah s.w.t kepada hamba Nya


Zakat Barang Kemas ( Perhiasan Wanita )


2. Emas yang dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi uruf (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150 gram


Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram

Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9





Zakat Perak

Menurut hukum syarak, logam perak adalah termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Pada umumnya barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia terdiri dari 4 bentuk utama:

  1. Jongkong perak
  2. Matawang perak
  3. Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak
  4. Barang perhiasan/barang kemas perak

Nisab dan kadar zakat perak

Ijma, ulama telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram.
Dalil zakat perak

Sabda Rasulullah SAW

Maksudnya:
"..Tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq
( bersamaan lebih kurang 930 liter )". ( Riwayat Muslim )

Maksudnya:
"Pada perak ( zakatnya ) 1/40...". ( Riwayat Al-Bukhari )

Contoh pengiraan zakat perak
Berat barangan perak x harga semasa x 2.5%

Katakan Ahmad menyimpan 1,000 gram perak (telah melebihi nisab)
Kadar zakat = 2.5%

* harga semasa perak (contoh) = RM 0.62
Zakat =  1,000 gm x 0.62 x2.5%
= Rm 15.50


Moga apa yang saya cuba kongsikan ini memberi manafaat kepada anda semua yang membaca, sebarang soalan atau pertanya boleh kemukakan di ruangan komen :)

untuk rujukan sumber info boleh terus ke link ini : http://www.zakat.com.my/

Muhammad Azfar | Priority Dealer | PG041166 | Whtsp : 017 624 2417








No comments:

Post a Comment