Saturday, September 19, 2015

Semua Orang Boleh Menyimpan Emas Fizikal dengan Modal yang Kecil

miliki Gold Bar serendah 1gram ( Rm165 / GAP - Rm190 / Cash & Carry )
Tak perlu modal besar untuk mulakan pelaburan emas. Kalau ada bajet sekitar RM100 sebulan pun dah boleh mula menyimpan emas. Bagi saya, yang penting mulakan dulu dengan modal kecil. Bila dah mula, baru cepat faham ilmu pelaburan emas. Bila dah mula, baru faham bila harga emas tinggi ataupun rendah. Selagi tak mula, kekadang nak explain pun susah. Lambat sikit faham berbanding orang yang dah bermula.

Sebelum melabur, saya memang syorkan 
simpan duit kecemasan dalam bentuk tunai (di bank) sekurang-kurangnya 3 bulan pendapatan. Tetapi bagi siapa yang belum cukup 3 bulan pendapatan, boleh mula beli dulu dengan bajet kecil, antaranya syiling 1 dinar atau gold bar 1 gram. Lepas tu baru fokus cukupkan 3 bulan pendapatan. Mulakan dulu sebagai motivasi menyimpan emas dan kumpul harta.

Bagi yang nak mulakan pelaburan emas dengan modal kecil, mungkin anda boleh pertimbangkan salah satu daripada cara ni :


#1 – Beli Emas Secara GAP

Sekarang, Public Gold keluarkan produk terbaru yang diberi nama Gold Accumulation Program (GAP) untuk memudahkan kita menyimpan emas walaupun dengan modal bawah RM200. Ini kaedah simpan emas paling mudah buat masa ini di Malaysia. 
Kaedah belian GAP ni mirip Akaun Emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH). Kita boleh beli emas sekecil 1 gram, dan boleh tambah simpanan dari masa ke semasa dengan gandaan 1 gram. Yang paling best, emas tu kita boleh simpan dengan Public Gold secara percuma! Untuk faham lebih lanjut tentang skim pembelian secara GAP, boleh baca artikel saya “Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold“.

#2 – Beli Gold Bar 1 Gram

Selain gold bar 1 gram keluaran Public Gold, boleh juga beli gold bar 1 gram yang ada di pasaran. Harganya sekitar RM200 sekarang ni. Ia confirm lebih mahal dari gold bar 1 gram Public Gold yang dibeli melalui kaedah GAP. Buat masa ini yang famous di Malaysia ialah gold bar 1 gram keluaran Power Gold, Gold Crest Pavilion (GCP)atau kedai emas seperti Poh Kong, Habib Jewal atau Wah Chan.
Mulakan dengan gold bar 1 gram jenama lain pun boleh, tapi secara jujurnya, saya tak galakkan sebab kebanyakkan gold bar 1 gram jenama selain Public Gold, harga per gramnya mahal, dan susut nilainya tinggi
. Kalau nak jual balik emas tu nanti, susut nilainya boleh mencecah 20%! Lambat untung berbanding emas yang susut nilainya rendah. Melainkan anda beli emas untuk dijadikan ‘harta karun’, dan tak fikir langsung untuk jual, itu ok.

#3 – Beli Syiling Emas 1 Dinar

Kalau ada bajet dalam RM600 – RM700, boleh beli syiling emas 1 dinar. Beli dan simpan sendiri. Syiling 1 dinar keluaran Public Gold tu emas berketulenan 99.99%, beratnya 4.25 gram.

Syiling Emas 1Dinar 4.25gram Emas 999.9 24k LBMA

Banyak jenis dinar yang ada di pasaran sekarang ini, tapi coin 1 dinar Public Gold yang terbaik buat masa ni sebab harga per gram lebih murah, dan susut nilainya cuma 8% i.e. antara terendah di Malaysia. Dan paling penting, ia bebas GST 6%. Nak beli pun senang sebab Public Gold ada 18 cawangan seluruh Malaysia. Dan ada 7 lagi kelebihan kenapa saya syorkan Public Gold.

#4 – Kumpul 10 Dirham (Silver), Tukar Kepada Emas

Siapa yang bajetnya sekitar RM100 sebulan (tak cukup beli gold bar 1 gram), boleh juga kumpul syiling 10 dirham (silver). Sebulan beli beli sekeping. Cukup 10 keping 10 dirham, jual kesemua syiling 10 dirham tu dan beli satu syiling 1 dinar.

- Kumpul 10 Dirham untuk mendapatkan Syiling Emas 1Dinar -

Kaedah ni agak merugikan dari sudut kira-kira, tapi sesetengah orang,rugi begini lebih baik berbanding duit tu habis dibelanjakan sebab susah disiplinkan diri menyimpan wang. Spread (susut nilai) silver lebih tinggi dari emas. 10 dirham spreadnya 16%, ada caj tambahan RM5 sekeping yang Public Gold kenakan iaitu “caj premium” dan dikenakan GST 6%.
Kalau nak kurangkan kerugian bila jual coin 10 dirham tu, cuba jual kepada kenalan terdekat yang belum pernah simpan silver. Jual pada harga diskaun. Kaedah tu dua-dua pihak untung. Anda untung sebab jimat susut nilai, pembeli tu pun untung sebab dapat beli pada harga diskaun.



#5 – Produk Terbaru Public Gold, Gold Bar 0.5gram Emas 999.9
Yang terbaru Public Gold ada mengeluarkan satu lagi Gold Bar Emas 999.9 24k seberat 0.5gram, Gold Bar 0.5gram ini bernilai Rm100.00. Cash and Carry seperti membeli Gold Bar 1gram ( Rm190 / 19 / 9 / 2015 ) Syiling Emas 1Dinar ( Rm705 / 19 / 9 / 2015 ) 10Dirham ( Rm85.00 / 19 / 9 / 2015 ). Jadi tidak ada alasan kenapa tidak boleh menyimpan Aset dalam nilai Emas Fizikal, cuma nak atau tak nak sahaja.



Terbaru Gold Bar 0.5gram Emas 999.9 24k LBMA / Rm100.00
Mudah-mudahan dengan tips ni, semua orang boleh mulakan langkah pertama menyimpan emas. InsyaAllah.

Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment