Assalammualaikum Semua......
Pembuangan Tenaga Mahir dan Pekerja di Sektor Awam mahupun Sektor Swasta.
Pembuangan Tenaga Mahir dan Pekerja di Sektor Awam mahupun Sektor Swasta.
1. Selepas Malaysia
Airlines @ MAS menamatkan perkhidmatan 6000 orang pekerjanya pada Jun tahun
ini, NAZA di Gurun Kedah juga menamatkan perkhidmatan 300 org kakitangan
mereka pada Ogos lepas.
2. Kilang CCM di Shah Alam juga telah ditutup seramai 200 orang pekerja hilang pekerjaan.
3. Kilang Ansell dan JVC juga di Shah Alam telah ditutup ia turut membabitkan seramai 200 dan 300 orang pekerja di berhentikan kerja.
4. RHB Bank akan memberhentikan seramai 2000 orang pekerja melalui VES @
Voluntary Exit Scheme. Ianya dilakukan selepas CIMB Bank membuang 1800
pekerja di Malaysia dan 2200 di Indonesia.
5. Maybank telah dan
sedang melaksanakan ERS @ Early Retirement Scheme. Jumlah pemberhentian pekerja tidak dapat dipastikan lagi.
6. Kuwait Finance
House akan menutup seluruh cawangan operasi dan perniagaan mereka di Malaysia.
Rundingan sedang dijalankan degan bank yang akan mengambil alih operasi merek
termasuk aset dan liabiliti. Bila berlaku M&A @ Merger &
Acquisition atau buy over, sebahagian kakitangan akan ditamatkan
perkhidmatan.
7. Hari ini ringgit terus jatuh berbanding USD kepada RM4.35. Dijangkakan ringgit akan terus jatuh sehingga akhir tahun
8. Kadar inflasi akan terus meningkat, pengangguran akan bertambah, dan
kuasa beli akan berkurang khususnya pada tahun 2016 kelak.
9. Sektor swasta sedang dalam proses mengurangkan kakitangan dan pengambilan kakitangan baru dibekukan
10. Kerajaan akan mengurangkan bajet kapada semua kementerian. Perdana Menteri telah memberi isyarat di mana beliau menyeru universiti-universiti awam mengambil inisiatif mencari dana sendiri dan tidak hanya bergantung kepada bantuan kerajaan
11. Suasana politik dan ekonomi yang tidak stabil
menghalang pelabur dari luar negara untuk melabur di Malaysia. Kesannya
ekonomi tidak berkembang dan peluang pekerjaan gagal diwujudkan
12.
Lemahnya nilai ringgit dan meningkatnya inflasi menyebabkan kerajaan
terpaksa mengimport barang-barang dari luar negara dengan harga yg lebih mahal dan
membayar hutang dgn nilai yang lebih tinggi.
13. Kesannya ialah
cukai yang lebih tinggi akan dikenakan kepada para peniaga yang akan
mengakibatkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan
14. Kesan
kepada rakyat juga akan lebih buruk di mana selain dari terpaksa membayar dengan
lebih mahal untuk barangan dan perkhidmatan, subsidi juga akan ditarik
seperti yang telah dilakukan terhadap harga petrol dan diesel. Subsidi-subsidi yang
lain juga akan ditarik atau dikurangkan. Kuasa beli akan semakin jatuh
15. Walaupun ekonomi tidak memberangsangkan, harga rumah akan semakin
meningkat. Bank-bank akan mengetatkan syarat pinjaman menyebabkan proses
membeli dan memiliki rumah semakin sukar.
Semuanya adalah
petanda Malaysia sedang dan akan melalui krisis ekonomi yang teruk dan
pihak yang akan terjejas dengan teruk ialah rakyat jelata khususnya yang tiada
pendapatan tetap, berpendapatan rendah, dan sederhana. Ditambah dengan
krisis politik yang semakin meruncing, masa depan negara khususnya kepada
generasi muda dan generasi yang akan datang dilihat semakin kelam dan suram.
No comments:
Post a Comment