Ramai orang tanya saya, kalau beli emas tapi tak jual-jual, mana untungnya? Saya tanya orang tu balik, kalau simpan duit banyak-banyak dalam bank tu, apa untungnya? Dapat dividen? Betul dapat dividen, tapi dengan risiko inflasi dan kemerosotan ringgit, bagi saya dividen tu tak berbaloi. Lebih baik saya simpan emas kalau untuk simpanan jangka panjang. Itulah jawapan saya kenapa golongan “penyimpan emas” tak jual emas-emas mereka. Mereka jadikan emas sebagai salah satu bentuk SIMPANAN jangka panjang.
Bila kita sebut “simpanan”, tujuannya untuk (1) digunakan ketika kecemasan atau (2) pelaburan masa depan. Selagi tak ada keperluan untuk digunakan, lebih baik simpan jer emas-emas tu.
Untuk simpanan jangka panjang, saya secara peribadi lebih suka simpan emas berbanding membiarkan dalam bentuk tunai di bank, sebab:
- Emas kalis inflasi
- Mudah dicairkan – emas adalah tunai
- Kekayaan di tangan kita
- Boleh dijadikan modal pusingan
- Ia aset mudah alih – mobile
- Kekayaan bertahan lama
#1 – Emas Kali Inflasi
![]() |
Nisbah emas 1 dinar dengan kambing, tak berubah
sampai bila-bila. Nilainya terletak pada fizikalnya. Tapi dimanakah nilai
sebenar duit kertas? |
Zaman Nabi dulu, 1 dinar (emas 4.25 gram) boleh beli seekor
kambing. Sekarang ni, harga 1 dinar sekitar RM695.00. Secara relatifnya, ia
masih mampu beli seekor kambing. Kalau 30 tahun dulu, budak-budak sekolah
boleh bawa duit 50 sen sehari, cukup untuk mereka makan kenyang. Tapi hari
ni, 50 sen tu hanya mampu untuk beli segelas air sirap sahaja. Maksudnya
hari ni, kebulur la anak-anak kalau kita masih berikan duit sekolah 50 sen
sehari. Nampak tak kesan inflasi ke atas emas berbanding duit kertas?
#2 – Senang Ditukar Kepada Tunai
Emas senang ditukar kepada tunai. Bagi saya, emas macam duit tunai juga. Ia aset fizikal yang paling mudah dicairkan. Bila simpan emas, kita tak perlu risau kalau nak pakai duit. Emas tu boleh dijual pada bila-bila masa, dan di mana sahaja. Kalau bawa emas tu ke oversea pun, ia tetap laku sebab ia emas. Ia “international money” yang diterima sejak zaman berzaman. Kalau sayang nak jual emas tu, boleh pajak di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman. Lepas tu cari balik duit untuk tebus emas tu.

Emas adalah duit dalam bentuk yang berbeza |
#3 – Kekayaan Di Tangan Kita
Bila simpan emas, hakikatnya kekayaan tu ada ditangan kita sendiri. Apa pun berlaku di luar sana, selagi emas tu ada di tangan kita, pendek kata, kekayaan tu memang ada dengan kita sendiri sebab nilai emas terletak pada BERAT DAN KETULENAN emas tu sendiri. Berbeza dengan duit kertas. NILAI SEBENAR duit kertas bukan pada kertasnya, tapi ia terletak pada jaminan kerajaan, kestabilan ekonomi dan politik negara.
Masih ingat tak duit syiling seringgit dulu? Bank Negara dah buat penetapan, ianya tak lagi sah untuk digunakan sebagai duit hari ini. Ia hanya sekeping logam yang tidak lagi bernilai. Siapa yang masih simpan duit seringgit lama tu, hari ni dah tak laku lagi dah.
Lagi satu peristiwa, masih ingat lagi tak Ringgit Malaysia pernah jatuh nilainya sebanyak 50% setahun lepas krisis kewangan 1997? Sejak krisis itu, Ringgit Malaysia telahpun mengalami KEJATUHAN KEKAL sebanyak 30% berbanding US Dollar. Jadi kalau simpan duit banyak-banyak, hakikatnya kita memiliki kekayaan secara ‘maya’. Ia bukan duit yang sebenar, hinggakan Robert Kiyosaki dalam bukunya gelarkan duit kertas sebagai “funny money”. Ianya dianggap “funny” sebab ia dikeluarkan tanpa dibackup dengan apa-apa aset fizikal. Duit yang meyimpan nilai sebenar antaranya ialah emas.

Duit Syiling ini sudah tidak laku lagi hari ini |
#4 – Boleh Dijadikan Modal Pusingan
Bila simpan duit di bank, sebenarnya duit kita dipusing oleh bank dengan bagi pinjaman kepada orang lain (atau kepada kita sendiri!) dengan caj keuntungan yang tinggi. Bank-bank ada target mereka sendiri. Mereka mesti pinjamankan duit tu untuk menjana keuntungan. Sebab tu bank pun ada “sales person” sendiri untuk ‘jual’ pinjaman-pinjaman mereka. Mereka mesti pusingkan duit yang kita simpan tu.
Berbeza dengan emas. Kita boleh pusing kekayaan kita sendiri. Kalau orang berniaga, emas tu boleh dijadikan modal pusingan. Bila perlukan duit untuk rolling, pajak jer emas tu di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman. Bila dah selesai urusniaga, tebus balik emas tu. Akhir sekali, kita masih ada emas (yang dijadikan modal pusingan) dan keuntungan tunai (hasil bisnes). Dan yang paling penting, duit modal kita tak akan bocor. Kita tak berpeluang ‘curi’ duit bisnes seratus dua untuk berbelanja kegunaan peribadi (ingat, duit bisnes bukan duit peribadi) sebagaimana duit tunai. Jadi modal bisnes kita tu akan lebih selamat dalam bentuk emas.

Emas-emas yang di pakai oleh akak peniaga Pasar Siti Khadijah (Kota
Bharu) tu ialah simpanan dan modal pusingan mereka. Ia bukan sekadar perhiasan.
|
#5 – Emas Aset Mudah Alih
Emas ialah aset fizikal yang paling mudah alih (i.e. mobile). Kalau beli tanah atau rumah-rumah sewa, ia memang tak boleh dialihkan. Kalau nak jual pun, ia memakan masa untuk jual. Paling cepat pun proses jual beli akan selesai dalam tempoh 6 – 9 bulan. Ia berbeza dengan emas. Katakanlah kita bertugas di pedalaman Sabah, tiba-tiba dapat pindah balik ke Semenanjung, kita boleh bawa balik emas-emas tu. Kalau berpindah lagi, kita boleh bawa emas tu ke mana sahaja.
Masa peperangan panjang antara US dan Vietnam, ramai rakyat Vietnam lari
meninggalkan negara dan jadi pelarian. Mereka jual segala harta yang ada dan
ditukarkan kepada kepingan-kepingan emas yang dinamakan Vietnam Kim Thant.
Kepingan emas tu bentuknya nipis. Mereka boleh sorokkan dalam jahitan baju.
Bila sampai ke negara lain, mereka boleh memulakan hidup baru bermodalkan emas
yang mereka bawa. Di saat peperangan begitu, pastinya duit kertas tak lagi
bernilai.
Emas ialah aset fizikal yang paling mudah alih (i.e. mobile). Kalau beli tanah atau rumah-rumah sewa, ia memang tak boleh dialihkan. Kalau nak jual pun, ia memakan masa untuk jual. Paling cepat pun proses jual beli akan selesai dalam tempoh 6 – 9 bulan. Ia berbeza dengan emas. Katakanlah kita bertugas di pedalaman Sabah, tiba-tiba dapat pindah balik ke Semenanjung, kita boleh bawa balik emas-emas tu. Kalau berpindah lagi, kita boleh bawa emas tu ke mana sahaja.
![]() |
Emas menyelamatkan pelarian Vietnam ketika zaman perang dahulu |
#6 – Kekayaan Bertahan Lama
Antara sebab kenapa pentingnya simpan emas ialah kekayaan kita akan
bertahan lebih lama. Sejak mula-mula beli emas tahun 2014 dulu, saya tak pernah
jual emas-emas saya. Dan saya sendiri tak kira berapa banyak emas yang saya dah
beli. Saya beli dan ‘campakkan’ jer dalam safe deposit box. (Saya tak perlu
kira setiap tahun sebab emas tu juga saya jadikan stok pusingan bisnes emas
saya. Sebagai peniaga emas, saya membayar zakat perniagaan emas, bukan zakat
simpanan emas).
Kenapa saya tak kira berapa banyak emas yang saya ada? Salah satu sebabnya, emas saya jadikan sebagai “simpanan untuk dilupakan”. Simpan dan lupa. Dari sudut kewangan, kita kena adakan “simpanan untuk dilupakan”. Kalau asyik ingat-ingat simpanan tu, simpanan tu tak bertahan lama. Nanti asyik rasa nak belanjakan jer duit simpanan tu.

Dari sudut psikologi, bila simpan emas, kita akan rasa sayang nak jual.
Naluri manusia sejak zaman berzaman memang suka kumpul emas sebab ianya cantik.
Berbeza dengan duit kertas. Seronoknya emas pada mengumpul dan menyimpannya,
tapi seronoknya duit ialah pada membelanjakannya. Tak ada orang simpan emas yang
fikir nak belanjakan emas mereka, tapi orang yang simpan duit mesti
terfikir-fikir, di mana nak dibelanjakan duit itu! Jadi itulah sebab kenapa
bila simpan emas, kekayaan kita lebih bertahan lama. InsyaAllah.
Wallahuaklam... Moga ia memberi manafaat kepada kalian semua yang membaca :)

No comments:
Post a Comment