Friday, September 25, 2015

Cara Login Website Public Gold Dengan Mudah

Dah pernah beli emas dengan Public Gold, tapi tak tahu nak login ke website untuk buat order sendiri. Ataupun dulu pernah login kali pertama menggunakan Temporary Username, tapi kali ni tak dapat login bila guna Username yang sama. Nak lock order sendiri, tapi tak tahu nak buat atau ada masalah untuk login. Nak mintak tolong dealer, tapi dealer pun kekadang tak sempat lock harga yang kita nak. Jadi, macam mana nak buat?

Ini isu teknikal biasa orang rujuk pada saya. Bagi yang tak pernah beli emas dari Public Gold, ikuti panduan di artikel saya bertajuk “
Cara Mudah Beli Emas Public Gold“. Bagi yang pernah beli, ikut panduan di bawah ini supaya anda jadi pelabur merdeka! Tak perlu terlalu bergantung kepada dealer. Uruskan sendiri semua urusan jual beli. Rujuk kepada dealer hanya untuk dapatkan consultation jer.

Untuk login ke website Public Gold. Ikut langkah yang saya sediakan ni step-by-step:

  1. Dapatkan Username
  2. Dapatkan Password
  3. Login Ke Website

Langkah #1 – Dapatkan Username

Username sebenar untuk login ke website Public Gold ialah Account Code (atau selalu diistilahkan sebagai “PG Code”). Setiap orang yang pernah beli terus daripada Public Gold akan diberi PG Code tak kira samada anda pembeli biasa ataupun dealer Public Gold.


Untuk dapatkan PG Code, buka balik Sales Order yang anda terima daripada Public Gold. Lihat bahagian yang tertulis “Account Code”. Account Code itulah username anda untuk login ke website Public Gold.


PG Code : PG041166 - Muhammad Azfar -

Kalau anda tak pasti “Account Code” anda, contact dealer yang tolong lock order untuk anda masa kali pertama beli emas dengan Public Gold. InsyaAllah dealer boleh dapatkan untuk anda. Kalau anda beli direct dari office Public Gold tanpa melalui dealer, anda call balik cawangan Public Gold yang anda berurusan. Bagi tahu yang anda nak dapatkan PG Code untuk login ke website.


Langkah #2 – Dapatkan Password

Ok, bila dah dapatkan PG Code sebagai “Username”, sekarang ni anda perlu 
dapatkan “Password” untuk login.

Skrin #1 : Pergi ke web www.publicgold.com.my, dan klik “Login”.

Skrin #2 : Tekan “Forgot Password”.

Skrin #3 : Masukkan PG Code (atau ID, atau A/C Code) anda, dan “Submit”

Skrin #4 : Buka email, copy “Security Code”, dan klik activition link.

Skin #5 : Masukkan “Security Code” yang anda terima dalam email seperti Skrin #4, dan masukkan Password yang baru.


Langkah #3 – Login Website


Ok, sekarang anda dah boleh login website Public Gold dan boleh buat order sendiri. Pergi ke website
 www.publicgold.com.my dan klik “Login”.


Skrin #6 : Masukkan username dan password baru

Dan pastikan tick “I am human”.



Untuk buat belian, anda boleh ikuti langkah yang saya tunjukkan dalam artikel “Cara Mudah Beli Emas Public Gold (Online)“. Ikut betul-betul langkah mulai SKRIN #7 dalam artikel tu.


Kalau Tak Berjaya?


Ada sesetengah orang masih tak dapat login lepas ikut step yang saya terangkan ni. Kalau macam tu, kena minta Public Gold tolong resetkan password. Caranya, masuk website bahagian Contact Us > Enquiry, isi borang tu dan copy paste ayat saya di bawah ni dalam ruangan mesej.



I could not login to this website using my PG Code. I’ve tried to reset the password but still unsuccessful. Could you help me on this matter. Thank you.





Lepas tu, tunggu respond daripada staff Public Gold melalui email. Biasanya paling lewat pun mereka akan respond dalam masa setengah hari bekerja.


Mudah-mudahan panduan ini membantu anda menjadi penyimpan emas yang merdeka, insyaAllah.

Wallahu a’lam.




Wednesday, September 23, 2015

101 KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN PUBLIC GOLD


101 KELEBIHAN PUBLIC GOLD!

1. Produk emas & perak yang bebas GST
 

2. Produk emas & perak diiktiraf LBMA (London Bullion Market Association)

3. Syarikat pertama yang mengeluarkan jongkong Silver yang terbesar di Malaysia-5kg (investment Precious Metals)

4. Syarikat pertama yang mempunyai GAP (Gold Accumulation Program)
 

5. Syarikat pertama yang mempunyai SAP (Silver Accumulation Program)
 

6. Syarikat emas yang menyediakan akaun simpanan emas/perak bersama untuk anak-anak pelanggan

7. Satu-satunya Dinar emas pertama yang bebas GST di Malaysia & Singapore

8. Most circulated Dinar in Malaysia/dunia

9. Kualiti produk No. 1- berat and purity produk yang sangat jitu




10. Gold bar design yang tercantik di Malaysia

11. Gold bar design banyak pilihan dengan pelbagai terma

12. Produk edisi terhad - 1gm goat & 1gm Hari Raya

13. Pelbagai pilihan produk, jongkong emas, jongkong perak serta Dinar

14. Boleh dibeli dari mana-mana di seluruh dunia sama ada melalui AGSS atau GAP

15. Beli emas dapat emas

16. Harga emas/gram murah

17. Harga terendah di Malaysia

18. Harga jauh lebih murah berbanding kedai emas yang lain

19. Harga jual beli transparent dan dipaparkan dalam laman web 
www.publicgold.com.my

20. Susut nilai yang rendah

21. Senang untuk dijual balik

22. Jaminan belian balik
 

23. Buy back produk Public Gold walaupun calar/bengkok

24. Produk boleh di Ar-Rahnukan di kebanyakan Ar-Rahnu provider

25. IPM (Investment Precious Metals) bertaraf antarabangsa

26. Emas serendah 0.5gm, menggalakkan simpan emas di Malaysia

27. Menjadikan emas sebagai aset yang senang dimiliki oleh semua

28. Guarantee quality dengan ketulenan 999.9
 

29. Custom minting No. 1 di Malaysia

30. Dilantik sebagai pengeluar rasmi -Royal Minter untuk Royal Collections sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-14 (11 April 2012)




31. Mint syiling “Anak Malaysia” untuk Australian company- Royal East Ptd. Ltd

32. Mint Gold brooch untuk untuk bank yang terbesar di Vietnam - Vietin Bank

33. Mint jongkong emas untuk redONE - Mobile service provider

34. Brand emas yang sangat popular di Malaysia

35. Harga dikemaskini setiap 20 minit, dapat lock harga murah walaupun tengah malam

36. Teknologi web yang canggih

37. Database powered by Oracle

38. Sistem lock yang telus & senang

39. Boleh Jual beli 24jam 7hari seminggu

40. Online gold trading platform yang pertama & terbaik di Malaysia

41. Cawangan yang banyak 18 cawangan di Malaysia termasuk 1 di Singapore

42. Brand yang dikenal seluruh dunia

43. Customer yang paling ramai di Malaysai, melebihi 70ribu

44. Pengedar yang paling ramai di Malaysia

45. Investor yang paling ramai di Malaysia

46. Promosi yang menarik dari semasa ke sama

47. Mempunyai marketing materials yang menarik

48. Satu-satunya syarikat emas yang mempunyai ruangan khas untuk article emas & perak di suratkhabar (Nanyang Siang Pao & Kwong Wah Yit Poh)

49. Berjaya mengadakan lebih 50 seminar percuma setiap bulan di seluruh Malaysia

50. Satu-satunya syarikat yang kekal aktif menganjurkan seminar emas sejak
2008 yang diadakan hampir setiap hari di seluruh Malaysia.

51. TIGA kali disenaraikan dalam Malaysia Book of Records
 

52. Malaysia Book of Records - sebagai syarikat pertama yang keluarkan jongkong emas yang tersendiri

53. Malaysia Book of Records - sebagai syarikat pertama yang keluarkan jongkong perak yang tersendiri




54. Malaysia Book of Records - sebagai muzium yang pertama di Malaysia-PG Gold Museum

55. Syarikat yang mendapat awards & recognition yang terbanyak di Malaysia

56. Jenama yang terunggul di Malaysia

57. The Gold company with the most media coverage (interview, newspaper, TV, online media) in Malaysia, melebihi 10,000 kali

58. Platform perniagaan emas yang terbaik untuk pengedar Public Gold

59. Satu-satunya syarikat yang tiada yuran keahlian untuk pengedar

60. Maksimakan keuntungan jika anda menjadi pengedar

61. Introduce saja dah dapat insentif

62. Incentive yang menarik untuk pengedar-pengedar

63. Berkongsi pengetahuan/ilmu dengan pengedar/pelanggan melalui seminar percuma

64. Promosi pengiklanan untuk pengedar seperti pengiklanan suratkhabar, Facebook, seminar dan sebagainya.

65. Percutian FREE ke luar Negara untuk pengedar yang berkelayakan – Public Gold Leadership Seminar-SIP Trip

66. Car Fund-Kereta Percuma untuk Master Dealer yang berkelayakan

67. Satu-satunya syarikat emas yang menyediakan Localized marketing fund untuk membantu pengedar-pengedar
 

68. Satu-satunya syarikat emas yang menyediakan Q-Bonus untuk pengedar-pengedar
 

69. Training kepada Dealer dengan subsidi >60% ditaja oleh Public Gold

70. Program SIP Orientation untuk semua pelangan/pengedar menyaksi sendiri syarikat beroperasi

71. Berpeluang merasi pengalaman menaiki Kereta Rolls Royce, Porche, Brabus milik Public Gold.

72. Empayer network boleh pass ke generasi akan datang

73. Komited untuk membantu dealer menjadi jutawanemas

74. Master dealer Forum untuk bagi feedback dan update info

75. Kebanyakan mentor-mentor Emas di Malaysia lahir dari Public Gold

76. Satu-satunya syarikat emas yang teguh, bertahan sehingga sekarang 8 tahun

77. Dipercayai dalam gold industri selama 8 tahun

78. Insentif pengedar tepat pada masa, 20hb setiap bulan

79. Pengedar/pengedar berpeluang untuk bertemu dengan pengasas Public Gold
 

80. Sebagai benchmark dalam industri emas




81. Raja Permaisuri Agong sudi mencemar duli untuk menyertai pertandingan Golf Tahunan Public Gold selama 2 tahun

82. Global Business Centre –HQ yang dirasmikan oleh Raja Permaisuri Agong

83. Syarikat yang mempunyai visi yang jauh

84. Best Service team yang sedia ada
 

85. Mempunyai pasukan pengurusan yang kuat

86. Syarikat yang mempunyai rekod yang terbaik

87. Berpegang pada core values Public Gold- Unity , integrity & Fairness

88. Melancong bersama pengedar dengan kapal terbang & yatch milik Public Gold pada masa akan datang

89. 1st Ar-Rahnu service di Singapore (916 Pawnshop Pte. Ltd.)

90. Syarikat Emas yang pertama mempunyai Muzium emas-PG Gold Museum yang terunggul di Asia

91. Jongkong emas yang terbesar 50kg di Malaysia dipaparkan di PG Gold Museum

92. Jongkong perak yang terbesar 30kg di Malaysia dipaparkan di PG Gold Museum

93. Memiliki Koperasi Dagang Emas (KDE)

94. Public Safe –menyediakan servis peti simpanan keselamatan untuk pelanggan

95. PG Foundation untuk aktiviti amal di seluruh Malaysia

96. Sentiasa membuat kerja amal- charity untuk anak-anak yatim dan warga emas




97. Servis AGSS – Allocated Gold Storage Service, pelanggan boleh beli produk Public Gold walaupun dari luar Negara.

98. X-plan, tukar emas/perak kepada produk Public Gold dengan harga yang berpatutan di Malaysia

99. Menubuhkan Malaysia Gold Association (MGA) dan berjaya mendapat pengecualian GST untuk logam berharga pelaburan, (IPM -Investment Precious Metals)

100. 1stop trading centre in Malaysia

101. Public Gold is the best in the world

Akaun GAP Dan Anak Anak Kecil

AKAUN GAP UNTUK MASA DEPAN ANAK ANDA

Akaun GAP (Gold Accumulation Program) amat sesuai untuk anak - anak kecil yang baru dilahirkan atau di peringkat Tadika atau di peringkat Sekolah Rendah mahupun untuk peringkat Sekolah Menengah.

ini kerana Akuan GAP anak - anak ini boleh digandingkan bersama Akuan GAP Ibu atau Ayah.

* Kanak kanak berusia bawah 18 tahun boleh mengaktifkan Akaun GAP mereka dengan cara digandingkan bersama sama akaun GAP ibu atau ayah.

* Akaun GAP Pribadi atas nama anak tapi diurus tadbir oleh ibu atau ayah

* Gram Emas yang dikumpul didalam akaun GAP anak boleh di tebus oleh ibu atau ayah sehingga usia mereka mencecah 18 tahun, selepas dari itu ibu atau ayah tidak boleh lagi menebus gram Emas yang terdapat di dalam Akuan GAP anak, ini kerana dia sudah berada pada usia yang matang dan secara automatik Akuan GAP nya di upgrade menjadi Akuan GAP Dewasa, Hanya Tuan empunya Akuan GAP sahaja yang boleh membuat tebusan gram Emas yang terdapat di dalam Akuan GAP nya,

bayangkan anda mula menyimpan dan menabung gram Emas untuk anak anda dari usia dia 1bulan sehingga 20 tahun tanpa di usik 
(sebulan 1gram - 2gram)

1 tahun = 12 bulan = 12gram / 24gram

20 tahun = 240 bulan = 240gram / 480gram

nilai 1gram Emas 999.9 24k setiap bulan berbeza harga
ada kemungkinan anda membeli ketika harganya rendah
ada kemungkinan anda membeli ketika harganya tinggi

jadi jika anak anda sudah mempunyai simpanan gram Emas sebanyak 240gram atau 480gram bayangkan pada ketika itu 1gram sudah mencecah Rm200 - Rm300 atau lebih dari itu....

secara automatiknya anak anda sudah mempunyai Aset dan Dana simpanan yang kukuh dan stabil jika nak dibandingkan dengan simpanan dalam bentuk Wang Kertas

saya ambik contoh :

Harga Emas tidak boleh jatuh kurang dari Rm140 mulai tahun ini 2015

mengikot rekod dan sejarah harga Emas Dunia.

Jadi jika anda mula menyimpan dan menabung gram Emas dari sekarang maka pontensi untuk mengumpul gram Emas sebanyak 480gram selama 20 tahun tidak mustahil...!!!!


- 480gram x Rm250 (nilai 1gram) = Rm120,000,00 tersimpan


Sumber - Sumber Dana Yang Biasa Anak Terima :

1- Duit Sedakah kelahiran

2- Duit Majlis cukur jambul atau aqiqah

3- Duit Raya dari Sedara Mara atau Kawan-kawan

4- Duit memang khas dari ibu dan ayah



Setiap duit-duit yang diberi dan diterima oleh anak anak, kita sebagai ibu dan ayah perlu amanah dalam menguruskannya, ini kerana itu adalah duit dan hak anak anak kita, duit tersebut tidak boleh digunakan dengan sewenang wenangnya oleh ibu dan ayah, jika ia diguna untuk kepentingan ibu dan ayah maka ibu dan ayah wajib mengantikannya semula, jika tidak digantikan ia akan dikira sebagai berhutang dengan anak anak.

jadi saya mengesyorkan agar 70% dari duit yang di terima disimpan didalam bentuk gram Emas 999.9 24k dan jangan diusik selagi mana tidak mendesak untuk digunakan, biar ia terkumpul dan berkembang nilai nya dari semasa ke semasa.

wallahuaklam...

Insyaallah Rezeki dari Allah tapi untk mendapatkan rezeki itu kita kena berusaha dan mohon pada Allah

sedikit perkongsian untuk simpanan anak anak demi masa depan nya
sebarang persoalan atau pertanyaan anda boleh tinggalkan komen dibawah insyaallah saya akan cuba menjawab soalan tersebut dengan sebaik mungkin

nak tahu bagaimana nak membuka Akuan GAP untuk anak anak..???
boleh inbox di Facebook saya Muhammad Azfar :)

Tuesday, September 22, 2015

Proses Belian Emas yang cukup Telus dan Amanah dari Public Gold

Assalamualaikum Semua
saya ingin berkongsi satu sistem yang sangat TELUS yang diguna
pakai oleh Public Gold Sdn. Bhd :
Semua tempahan Emas Public Gold dibuat secara online melalui webiste Public Gold, Dealer-dealer Public Gold yang bertauliah akan menguruskan segala tempahan yang di buat oleh para pembeli, jadi saya nak tunjukan bertapa telus dan amanahnya urustadbir Public Gold dalam menguruskan setiap tempahan.
Sebelum oder :
- cstmer boleh semak harga di website Public Gold, www.publicgold.com.my
( setiap 20minit harga berubah )

- cstmer boleh refer pada Dealer yang mengurusan tempahan, tanya sama ada waktu ini sesuai atau tidak untuk membuat belian, Dealer akan bagi nasihat dan garis panduan yang betol mengenai emas public gold dari segi harga dan kesesuai gram emas yang nak ditempah oleh pembeli ( berdasarkan bajet pembeli / long term price )

- bila pembeli dah bersetuju dengan garis panduan dan harga yang diberi maka baru boleh begerak ke next step.
Pra oder :

- Dealer akan mintak butiran pribadi pembeli untuk di masukan kedalam sistem tempahan, dan dealer akan ulangi semua harga yang dipersetujui kedua-dua pihak.

- Sekiranya tiada perubahan yang ingin dibuat maka Dealer akan submit oder yang di buat oleh pembeli ke HQ Public gold.
Proses terakhir oder :

- setiap kali oder yang di buat, Dealer akan dapat penyata belian emas pembeli sebagai rekod jualannya.

- setiap kali oder yang di buat, pembeli juga akan menerima penyata belian sebagai rekod belian emas bagi pihak nya melalui email.

- di dalam penyata tersebut ada perjanjian hitam putih antara pembeli dan Public Gold.

- jadi jika belaku sebarang masalah dengan tempahan emas tersebut, pembeli boleh merujuk kepada Dealer yang menguruskan tempahan, atau terus rujuk pada cawangan Public Gold yang terdekat atau boleh terus rujuk pada HQ Public Gold di Bayan Lepas Peneng, tidak ada masalah, ini kerana Public Gold memberi jaminan 100% emas yang ditempah akan diterima pada pembeli yang membuat belian. ( make sure kena buat pembayaran dulu la hihi dalam tempoh 24h - 48h baru emas dikeluarkan )
saya sertakan contoh penyata yang pembeli akan terima :

selepas sahaja tempahan di SUBMIT ke HQ Public Gold,
Pembeli akan menerima penyata ini melalui Email Pribadi Pembeli

saya sertakan contoh penyata yang Dealer akan terima :


selepas sahaja tempahan di SUBMIT ke HQ Public Gold, Dealer akan menerima penyata ini


bagi yang berhajat nk menyimpan dan memiliki Emas bersama Public goldanda boleh berurusan dengan saya Muhammad Azfar | Priority Dealer | PG041166 | Whtsp : 017 624 2417

Monday, September 21, 2015

Public Gold Dan Nadir Metal Refinery



Latar Belakang Nadir Metal Refinery,

Pengeluar Emas dan silver Public Gold, u
ntuk pengetahuan anda, kesemua emas LBMA dan perak LBMA Public Gold dikeluarkan oleh Nadir Metal Refinery.

Saya ingin berkongsi maklumat dengan anda tentang latar belakang Nadir Metal Refinery.
Pengasas dan Pemilik

Pengasas Nadi Metal Rafineri - Nadir Tütüncü -

  • Pengasas dan pemilik Nadir Metal Refinery bernama Nadir Tütüncü.
  • Beliau seorang usahawan Islam di Turki.
  • Beliau memulakan perniagaan scrap gold sejak tahun 1967. Pada tahun 1993 beliau menubuhkan Nadir Metal Refinery San. Tic. Ltd. Sti.

Maksud perkataan Nadir



Bahasa Melayu = Berharga dan jarang dijumpai

Nadir bermaksud = Precious & Rare (in Arabic word)

Pada tahun 1999, beliau menandatangani perjanjian usaha sama dengan Degussa Jerman, sebuah syarikat perdagangan emas dari Jerman dan mewujudkan syarikat kerjasama bernama Nadir-Allgemeine.


Pada tahun 2001, Nadir Tütüncü membeli semua pegangan di dalam syarikat Nadir-Allgemeine dan meneruskan operasi dengan nama Nadir Metal Refinery San. Tic. Ltd. Sti

Pencapaian Nadir Metal Refinery

Nadir Metal Refinery merupakan syarikat pertama Turki yang disenaraikan sebagai ahli LBMA – London Bullion Market Association iaitu pada Disember 2011 untuk emas dan Jun 2012 untuk perak.



Ini membolehkan produk keluaran Nadir Metal Refinery diiktiraf di seluruh dunia


Kerjasama Nadir Metal Refinery & Public Gold International Bhd



Atas sebab-sebab diatas, Public Gold memilih Nadir Metal Refinery sebagai pengeluar emas jenama Public Gold



Harga emas Nadir Metal Refinery yang murah, kualitinya yang tinggi serta pengiktirafan antarabangsa dilihat mampu memberikan keuntungan yang maksima kepada pelanggan Public Gold.


Public Gold memilih Produk Muslim Turky, sebagai pembekal dan pemproses emas keluaran Public Gold.

Jadi tidak ada isu lagi yang Public Gold ini khusus untuk none muslim, emas berstatus GLOBAL semua orang, semua bangsa, semua agama boleh memilikinya, yang berbeza dari segi hukum agama islam sahaja.





Elak Simpanan Dari Bocor atau Hilang


- Jangan Sia-siakan simpanan anda -

Nak elak simpanan anda bocor atau hilang...?!?!?!
menyimpan lah dalam nilai emas Fizikal insyaallah anda akan sentiasa beharta dan bertambah kaya

1gram Emas 2008 - Rm70.00
1gram Emas 2015 - Rm166.00

kenaik harga Emas sebanyak 130% dlm tempoh 7 tahun

ASB - 6% - 8% Setahun x 7tahun = 56%
TH - 5% - 7% setahun x 7tahun = 49%

simpanan yang tak berusik sebaiknya disimpan dalam nilai Emas kerana nilai nya lebih kukuh dan stabil dari niali wang kertas yg kita simpan di ASB, TH, dan Bank bank.

100gram 2008 = Rm7000.00
100gram 2015 = Rm16,600,00

gram emas yg sama 100gram tapi nilai nya berbeza Rm100,000,00 dlm bank 2008 tidak sama lagi nilainya pada 2015 kerana kemerosotan nilai mata wang Ringgit dan kadar Inflasi yg tinggi di negara kita, berkemungkinan nilai Rm100,000,00 tinggal Rm90,000,00 sahaja, Pengdeposit LOST Rm10,000,00 kerana kerisis ekonomi semasa dinegara

jadi anda nk simpan EMAS atau Wang Kertas. . . .???
Keputusan ditangan anda, anda yg menentukan hala tuju simpanan anda di masa hadapan


Saturday, September 19, 2015

4 Kerugian Membeli Barang Kemas Sebagai Aset Simpanan

Kesian… Nak melabur dalam emas tapi terbeli barang kemas. Bukan sikit, 150 gram pulak tu! Harga yang mak cik tu beli sekitar RM192 segram, sedangkan harga emas 916 keluaran Public Gold sekarang ni (12 Disember 2012) cuma RM170 segram. Mak cik tu habiskan RM28,800 untuk beli barang kemas perhiasan, sedangkan kalau dia beli dengan Public Gold, dia dapat jimat RM3,300 (RM28,800 – RM25,500)! Bukan sahaja rugi RM3,300, dia rugi susut nilai barang kemas sekitar 25%! Itulah kes seorang mak cik yang contact saya semalam.

Memang selalu saya jumpa orang terbeli barang kemas sebab excited untuk melabur.

Macam mana boleh terbeli barang kemas mak cik? Katanya, ada PENJUAL emas approach dia untuk beli barang kemas, dan katanya lagi, harga emas sentiasa naik. Jadi, lebih baik simpan emas daripada simpan duit.

Tanpa belajar ilmu tentang pelaburan emas, mak cik tu terus beli dengan tujuan untuk PELABURAN, bukan untuk perhiasan. Tapi bila dah jadi macam ni, memang tak boleh buat apa-apa. Simpan jer lah emas tu… Orang lain mungkin akan tersenyum (untung) lepas setahun menyimpan emas, tapi mak cik mungkin kena tunggu beberapa tahun baru boleh tersenyum.

Beli Dari “Consultant”, Bukan Salesman

Memang selalu saya jumpa kes orang tersilap beli barang kemas untuk pelaburan. Puncanya, dia tak ada ilmu. Punca kedua, dia berjumpa dengan PENJUAL emas, bukan ‘consultant’ pelaburan emas. Matlamat penjual ialah menjual. Mereka ada sales target! Untung rugi pelabur tu no. 2. Dan hampir pasti, penjual tu tak akan dedahkan tentang “susut nilai / spread” yang menjadi faktor paling utama menentukan keuntungan sesuatu emas pelaburan.

Untuk mengelakkan berlaku perkara yang sama, nasihat saya nasihatkan sahabat pembaca, “jangan percaya salesman!”… Bila salesman datang, cuba dapatkan sebanyak mungkin informasi dan ambil ‘waktu bertenang’ sebelum membuat belian. Cuba cek maklumat lain dari pihak ketiga untuk pasti apa yang salesman bagi tahu tu adalah betul dan benar.


4 Kerugian Membeli Emas Perhiasan


Keduanya, fahamkan berbezaan antara emas perhiasan dan emas pelaburan. Barang kemas dikategorikan sebagai emas perhiasan. Matlamatnya ialah cantik, bukannya untung. Tapi emas pelaburan matlamatnya adalah untung. Kalau nak melabur, kena beli emas pelaburan macam syiling emas, dinar emas, atau jongkong emas sebab ia memang dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan.

Di sini, saya senaraikan 4 kerugian membeli barang kemas dari perspektif pelaburan:


Kerugian #1 – Harga Lebih Mahal


Harga barang kemas lebih tinggi berbanding emas pelaburan sebab harganya mengikut persatuan pekedai emas i.e. Federation of Goldsmiths And Jewellers Association of Malaysia (FGJAM). Pada 16 Oktober 2012 lepas, saya survey harga di Kedai Emas Wah Chan Wangsa Maju, emas 999.9 dijual pada harga RM210 segram sedangkan emas Public Gold sekitar RM185 segram. Kalau anda pergi ke kedai emas, cuba tanya harganya dan bandingkan dengan harga emas Public Gold di www.publicgold.com.my. Pasti anda akan tahu emas pelaburan Public Gold jauh lebih murah.


Kerugian #2 – Susut Nilai Tinggi


Susut nilai barang kemas biasa sekitar 25% sedangkan syiling 1 dinar Public Gold cuma 6%. Maksudnya, kalau harga emas naik 20%, pembeli barang kemas masih rugi 5% sedangkan pembeli syiling 1 dinar boleh tersenyum dengan keuntungan 14% (20% – 6%)! Untuk fahami dengan lebih lanjut tentang “susut nilai” ni, anda boleh rujuk penerangan saya dalam artikel “Perbandingan Spread (Susut Nilai) Emas di Malaysia“.


Kerugian #3 – Rugi Kos Upah (Workmanship)


Barang kemas ada caj tambahan yang dinamakan “kos upah” atau “workmanship”. Harga upah ni bergantung kepada pekedai emas dan ia boleh dimanipulasikan oleh pekedai emas. Kalau harga emas rendah, pekedai boleh naikkan kos upah untuk top-up keuntungan dia. Walaupun harga emas tengah rendah, anda akan tetap bayarnya dengan harga yang mahal.


Kerugian #4 – Pergerakan Harga Perlahan


Harga barang kemas agak ‘statik’. Biasanya, kalau harga emas dunia naik, harga barang kemas akan terus naik! Tapi kalau harga emas dunia turun, biasanya pekedai emas lambat semak harga dan mungkin kekalkan harga tinggi sampai beberapa bulan.

Berbeza dengan emas pelaburan macam Public Gold, harga ‘disemak’ setiap 20 minit mengikut “real-time” pergerakan harga emas dunia! Kalau harga emas turun tengah malam, anda boleh borong harga murah dan boleh tersenyum esok paginya kalau harga emas naik balik.


Kalau Nak Beli Barang Kemas, Pastikan…

Itulah 4 kerugian membeli barang kemas dari perspektif pelaburan dan kalau nak beli emas pelaburan, anda kena tahu, tak semua emas pelaburan boleh memberi keuntungan maksimum bahkan ada juga emas pelaburan tak jauh bezanya dengan barang kemas dari perspektif pelaburan.

Wallahu a’lam.