Assalamualaikum Semua.... :)
Bertemu lagi kita di blog saya ini, insyaallah hari ini saya ingin berkongsikan cara - cara dan bagaimana ingin membuat tempahan Emas Public Gold melalui website Public Gold ( Online Order )
Online Order a.k.a tempahan atas talian ini adalah salah satu kelebihan dan keistimewaan Public Gold sejak 2010 lagi.
Mana-mana pembeli Emas Public Gold yang pernah berurusan dengan Public Gold sebelum ini, ketahui lah yang anda semua boleh menempah atau membuat belian emas secara atas talian, mungkin ada diantara anda yang tahu akan kewujudan sistem tempahan atas talian ini dan mungkin juga ada yang tidak tuhu dengan kewujudan sistem ini.
Jadi saya ingin berkongsi dengan anda diluar sana secara asasnya cara - cara dan bagaimana nak membuat tempahan dan belian Emas Public Gold secara atas talian a.k.a Online Order.
Sebelum saya meneruskan penjelasan untuk cara - cara belian Emas diatas talian ini, saya ingin memberitahu kepada anda semua link untuk ke website Public Gold Sdn. Bhd. iaitu di
( www.publicgold.com.my ). Website ini beroperasi dan berfungsi selama 24 jam sehari, 365 hari setahun, jadi segala info - info mengenai Public Gold atau harga terkini Emas Public Gold akan di Update di dalam Website ini. Anda semua boleh ikuti perkembangan Public Gold di website ini ( Harga Emas Public Gold akan update setiap 20 minit ).
Baik saya mulakan penjelasan :)
#LANGKAH 1
anda perlu masuk ke website Public Gold terlebih dahulu ( www.publicgold.com.my ) kemudian LOGIN website. Bagi pembeli yang pernah membeli Emas bersama Public Gold, anda akan di berikan PG Code ( PG041166 / Muhammad Azfar / Contoh ) dengan PG Code ini anda boleh LOGIN website Public Gold, ia dikira sebagai website pribadi anda, segala info mengenai diri anda dan transaksi jual beli emas Public Gold yang anda buat ada direkod dalam sistem Website ini.
Bagi yang belum mengaktifkan LOGIN website, saya akan berikan cara - cara untuk anda LOGIN website Public Gold dengan mudah dan cepat anda baca di blog saya yg bertajuk :
http://jutawanemaspublicgold.blogspot.my/2015/09/cara-login-website-public-gold-dengan.htmlikut satu persatu langkah yang diberi insyaallah anda akan boleh LOGIN website Public Gold dengan tenang.
 |
|
- Masukan PG Code anda diruangan Username bersama - sama Password yang telah anda tetapkan
- Setelah itu TICK kan tanda RIGHT di kotak I am Human
- Kemudian baru anda Click di LOGIN
- Setelah Click di butang LOGIN sebentar tadi, akan keluar satu Page Baru.
- Ruangan yang bertulis LOGIN tadi sudah bertukar menjadi My Account ini bermakna anda sudah berjaya LOGIN kedalam website Public Gold dan ini adalah Page Website Public Gold milik anda.
- Anda boleh explore apa yang terkandung di dalam My Account tersebut, take ur time no problem.
Ok sekarang baru
nak masuk Fasa ke - 1 untuk membuat tempahan dan belian emas secara atas talian
a.k.a online order.
Click di Ruangan
ORDER akan keluar 2 Slot iaitu :
a) Place Order ( untuk membeli Emas )
b) Place
Sell Back ( untuk menjual Emas )
Jadi untuk membeli Emas anda perlu Click di ruangan Place Order
Setelah Click Place Oder sebentar tadi, akan keluar satu page baru.
Page itu dipanggil Terms Of Sale, anda boleh baca satu demi satu syarat - syarat jualan yang telah ditetapkan oleh Public Gold, ini adalah syarat - syarat perjanjian antara pembeli dan Public Gold( Hitam Puith Perjanjian )
 |
|
Ok setelah habis baca syarat - syarat yang ditetapkan oleh Public Gold dan anda bersetuju dengan nya, maka anda boleh Click di ruangan I Agree.
- Ok sekarang Fasa ke - 2 bermula, untuk membuat tempahan dan belian Emas Public Gold.
- Setelah anda Click I Agree sebentar tadi, akan keluar satu page baru dan page ini adalah sebagai permulaan belian emas.
- Anda nampak kotak biru didalam gambar rajah..?? sila click diruangan kotak putih tersebut, akan keluar satu list panjang yang menunjukan kesemua 18 cawangan Public Gold di Malaysia.
- Anda dikehendaki untuk memilih satu cawangan Public Gold yang berada dekat dengan anda. ( cntoh Ipoh Perak / cawangan yang saya pilih )
Setelah anda
memilih cawangan Public Gold yang berdekatan dengan anda.
Anda juga perlu
memilih produk Public Gold apa yang anda ingin tempah :
- Gold a.k.a Emas
- Silver a.k.a Perak
- Accessories
Produk - Produk Public Gold yang terdapat di ruangan Gold a.k.a Emas
Produk - Produk Public Gold yang terdapat di ruangan Gold a.k.a Emas
Produk - Produk Public Gold yang terdapat di ruangan Silver a.k.a Perak
Untuk Ruangan Accessories anda boleh lihat sendiri satu demi satu page yang ada didalamnya.
- Ok sekarang kita dah nak mula membuat belian Emas atau Perak.
- Jika anda ingin membeli produk emas maka anda click di GOLD, tetapi jika anda ingin membeli produk silver maka anda click di SILVER.
- Anda boleh pilih produk emas Public Gold sama ada Gold Bar a.k.a Jongkong Emas atau Gold Coin a.k.a Syiling Emas Dinar di ruangan GOLD.
- Anda juga boleh memilih produk silver Public Gold sama ada Silver Bar a.k.a Jongkong Perak atau Silver Coin a.k.a Syiling Perak Dirham di ruangan SILVER.
- Anda boleh
meletakkan berapa kuantiti Emas atau Perak yang anda ingin beli di ruangan Quantity.
- Contoh yang saya
beri, saya membuat tempahan 1set Gold Bar 10gram yang bernilai Rm1683,00.
- Selepas sahaja
anda meletakkan kuantiti emas atau perak yang anda ingin beli, secara automatik
sistem akan membuat kiraan jumlah ( Harga semasa Emas atau Perak + Gold Premium mengikot berat gram = Total Harga Pembayaran).
- Jika anda
bersetuju dengan harga yang dipaparkan di ruangan Total Amount Rm, maka anda
boleh click Next.
 |
|
# Step 2 #
- Selepas anda menekan Next di page yang sebelumnya, akan keluar page baru iaitu page Step 2.
- Terdapat 2 pilihan Oder For :
- Myself
- Third Party
- Myself = adalah untuk membuat tempahan atas nama anda sendiri
- Third Party = adalah untuk kegunaan Dealer yang ingin membuat tempahan bagi pihak pembeli secara atas talian ( online )
- Jadi jika anda cuma pembeli biasa dan ingin membuat belian emas atau perak untuk diri sendiri maka anda boleh pilih Myself, tetapi sekiranya anda seorang yang berstatus Dealer dan ingin membuat tempahan untuk pembeli lain anda boleh pilih Third Party.
( cara dia berbeza sedikit insyaallah akan saya jelaskan di blog akan datang )
 |
|
- Selepas anda
Click Myself akan keluar satu lagi page baru, di page ini terdapat semua info
butiran pribadi anda seperti Nama Penuh, No Ic, No Fon, Email, dan PG Code
(atas sebab itu saya blank kan).
- Select Payment Option : anda perlu memilih Full Payment sebagai tanda anda akan membuat bayaran penuh keatas emas yang ditempah.
- Select Payment To Bank Option : di ruangan ini anda dikehendaki untuk memilih bank yang mewakili akaun bank yang Public Gold gunakan, Terdapat 2 jenis bank di ruangan ini iaitu Maybank dan Public Bank, anda boleh pilih salah satu bank yang anda rase mudah untuk berurusan.
- Remarks On Order : di ruangan Remarks ini anda boleh meninggalkan sebarang pesanan untuk di ambik perhatian oleh HQ Public Gold atau Staff Public Gold yang bertugas.
- Setelah semua info yang terdapat di page ini dipastikan betol dan tepat anda boleh Click Next.
- Selepas anda Click Next akan keluar lagi satu page baru, ini adalah page final sebelum anda Click Submit Order.
- Di page ini akan dikumpulkan semua data-data dan info-info yang anda buat dari
# Step 1 # sehingga # Step 3 #.
- Terdapat info dan data seperti Nama Penuh, No Ic, Alamat Surat Menyurat, No Fon, Email, dan Jumlah Pembayaran yang perlu di buat.
- Sebelum anda Click Submit Order, anda mesti dan wajib pastikan segala info dan data di dalam page ini betol dan tepat.
- Anda perlu semak Nama Penuh, No Ic, Alamat, No Fon, Email, Produk Emas atau Perak yang anda pilih, dan Harga, sekiranya semua info-info tersebut betol dan tepat baru lah anda Click Submit Order.
- Selepas anda Click Submit Oder selang beberapa minit anda akan menerima satu email dari HQ Public Gold sebagai tanda Order yang anda buat sebentar tadi telah dimasukan kedalam sistem dan akan diproses oleh HQ Public gold.
- Didalam email tersebut akan memaparkan semua info-info dan data-data yang sama seperti didalam gambar rajah diatas.
- Didalam email itu juga terdapat No. Akuan Bank Public Gold ( Maybank / Public Bank ) untuk anda membuat pembayaran secara bank in.
- Slip Bank in yang dibuat perlu di email semula kepada HQ Public Gold sebagai tanda pengesahan yang anda telah membuat pembayaran keatas emas yang ditempah,
( payment@publicgold.com.my ) anda juga perlu menyimpan slip bank in tersebut dengan baik kerana anda perlu membawanya ketika ingin mengambil Emas yang ditempah di Cawangan Public Gold yang telah anda Set di dalam Order.
P/s : sebelum anda emailkan slip bank in kepada HQ Public Gold anda perlu menulis sedikit info seperti Nama Penuh, No Ic, No Fon dan No. Order ( CSO****** ) ia akan memudahkan HQ Public Gold untuk mengenal pasti mana satu order yang telah anda buat.
Cukup Mudah, Cepat, Telus dan Selamat untuk membuat tempahan Emas bersama Public Gold melalui Tempahan atas talian ( Online Order ).
Selamat mencuba, jika ada sebarang soalan boleh tinggalkan komen dibawah atau boleh PM saya di inbox Facebook Muhammad Azfar, insyaallah saya cuba jawab sebaik dan secepat mungkin segala soalan yang diutarakan kepada saya.
Wa'allahuaklam.....