Wednesday, October 14, 2015

Menyimpan Emas Mengikot Kemampuan Diri

Assalamualaikum Semua
Saya share cara-cara yang paling mudah dan ringan untuk mnyimpan dalam nilai Emas Fizikal.


Setkan satu target Gold Bar atau Dinar yang anda ingikan, kemudian pecahkan nilainya kepada 30hari iaitu 1 bulan. Maka dari hasil pecahan tersebut anda akan nmpak nilai nya lebih kecil mengikut bilangan hari.

contoh yang saya boleh berikan :


Sehari simpan Rm1 = 30hari = Rm30
Sehari simpan Rm5 = 30hari = Rm150
Sehari simpan Rm10 = 30hari = Rm300
Sehari simpan Rm50 = 30hari = Rm1500
sehari simpan Rm100 = 30hari = Rm3000

sehari simpan Rm500 = 30hari = Rm15,000

sehari simpan Rm1000 = 30hari = Rm30,000


Apa yang saya cuba nak sampaikan adalah, dengan displin menyimpan yang tinggi secara tidak langsung anda boleh dan tidak mustahil untuk memiliki Aset simpanan dalam nilai Emas Fizikal setiap bulan.

Jika anda beli secara langsum mungkin anda akan rase satu beban yang berat, tetapi sekiranya anda mengasing sebahagian simpanan anda setiap hari maka dalam sedar tidak sedar anda sudah mempunyai bajet untuk membeli Emas Fizikal yang anda inginkan pada setiap bulan.

Sukat baju di badan sendiri, menyimpan mengikot kemampun  diri dan rase selesa dengan kadar simpanan yang ditetapkan. Yang penting setiap bulan mesti ada simpanan yang akan disimpanan dalam nilai Emas 999.9 24k
ini yang dikatakan LONG TERM SAVING
anda simpan anda yg akan dpt hasilnya

Manafaatkan setiap nilai simpanan anda itu kesatu nilai yang lebih stabil dan kukuh untuk tempoh jangka masa panjang - insyaallah - selamat mencuba :)

#MuhammadAzfar
#DealerPublicGold


Saturday, October 3, 2015

Cara - Cara Membuat Tempahan Emas Public Gold Melalui Website :)

Assalamualaikum Semua.... :)

Bertemu lagi kita di blog saya ini, insyaallah hari ini saya ingin berkongsikan cara - cara dan bagaimana ingin membuat tempahan Emas Public Gold melalui website Public Gold ( Online Order )

Online Order a.k.a tempahan atas talian ini adalah salah satu kelebihan dan keistimewaan Public Gold sejak 2010 lagi.


Mana-mana pembeli Emas Public Gold yang pernah berurusan dengan Public Gold sebelum ini, ketahui lah yang anda semua boleh menempah atau membuat belian emas secara atas talian, mungkin ada diantara anda yang tahu akan kewujudan sistem tempahan atas talian ini dan mungkin juga ada yang tidak tuhu dengan kewujudan sistem ini.


Jadi saya ingin berkongsi dengan anda diluar sana secara asasnya cara - cara dan bagaimana nak membuat tempahan dan belian Emas Public Gold secara atas talian a.k.a Online Order.


Sebelum saya meneruskan penjelasan untuk cara - cara belian Emas diatas talian ini, saya ingin memberitahu kepada anda semua link untuk ke website Public Gold Sdn. Bhd. iaitu di
(
www.publicgold.com.my ). Website ini beroperasi dan berfungsi selama 24 jam sehari, 365 hari setahun, jadi segala info - info mengenai Public Gold atau harga terkini Emas Public Gold akan di Update di dalam Website ini. Anda semua boleh ikuti perkembangan Public Gold di website ini ( Harga Emas Public Gold akan update setiap 20 minit ).


Baik saya mulakan penjelasan :)



#LANGKAH 1


anda perlu masuk ke website Public Gold terlebih dahulu ( www.publicgold.com.my ) kemudian LOGIN website. Bagi pembeli yang pernah membeli Emas bersama Public Gold, anda akan di berikan PG Code ( PG041166 / Muhammad Azfar / Contoh ) dengan PG Code ini anda boleh LOGIN website Public Gold, ia dikira sebagai website pribadi anda, segala info mengenai diri anda dan transaksi jual beli emas Public Gold yang anda buat ada direkod dalam sistem Website ini.

Bagi yang belum mengaktifkan LOGIN website, saya akan berikan cara - cara untuk anda LOGIN website Public Gold dengan mudah dan cepat anda baca di blog saya yg bertajuk :

http://jutawanemaspublicgold.blogspot.my/2015/09/cara-login-website-public-gold-dengan.htmlikut satu persatu langkah yang diberi insyaallah anda akan boleh LOGIN website Public Gold dengan tenang.



  1. Masukan PG Code anda diruangan Username bersama - sama Password yang telah anda tetapkan

  2. Setelah itu TICK kan tanda RIGHT di kotak I am Human

  3. Kemudian baru anda Click di LOGIN



  • Setelah Click di butang LOGIN sebentar tadi, akan keluar satu Page Baru.

  • Ruangan yang bertulis LOGIN tadi sudah bertukar menjadi My Account ini bermakna anda sudah berjaya LOGIN kedalam website Public Gold dan ini adalah Page Website Public Gold milik anda.

  • Anda boleh explore apa yang terkandung di dalam My Account tersebut, take ur time no problem.




Ok sekarang baru nak masuk Fasa ke - 1 untuk membuat tempahan dan belian emas secara atas talian a.k.a online order.

Click di Ruangan ORDER akan keluar 2 Slot iaitu :

a) Place Order ( untuk membeli Emas )

b) Place Sell Back ( untuk menjual Emas )

Jadi untuk membeli Emas anda perlu Click di ruangan Place Order




Setelah Click Place Oder sebentar tadi, akan keluar satu page baru.


Page itu dipanggil Terms Of Sale, anda boleh baca satu demi satu syarat - syarat jualan yang telah ditetapkan oleh Public Gold, ini adalah syarat - syarat perjanjian antara pembeli dan Public Gold( Hitam Puith Perjanjian )



Ok setelah habis baca syarat - syarat yang ditetapkan oleh Public Gold dan anda bersetuju dengan nya, maka anda boleh Click di ruangan I Agree.




  • Ok sekarang Fasa ke - 2 bermula, untuk membuat tempahan dan belian Emas Public Gold.

  • Setelah anda Click I Agree sebentar tadi, akan keluar satu page baru dan page ini adalah sebagai permulaan belian emas.

  • Anda nampak kotak biru didalam gambar rajah..?? sila click diruangan kotak putih tersebut, akan keluar satu list panjang yang menunjukan kesemua 18 cawangan Public Gold di Malaysia.

  • Anda dikehendaki untuk memilih satu cawangan Public Gold yang berada dekat dengan anda. ( cntoh Ipoh Perak / cawangan yang saya pilih )


Setelah anda memilih cawangan Public Gold yang berdekatan dengan anda.


Anda juga perlu memilih produk Public Gold apa yang anda ingin tempah :
- Gold a.k.a Emas

- Silver a.k.a Perak


- Accessories




Produk - Produk Public Gold yang terdapat di ruangan Gold a.k.a Emas




Produk - Produk Public Gold yang terdapat di ruangan Gold a.k.a Emas





Produk - Produk Public Gold yang terdapat di ruangan Silver a.k.a Perak

Untuk Ruangan Accessories anda boleh lihat sendiri satu demi satu page yang ada didalamnya.





  • Ok sekarang kita dah nak mula membuat belian Emas atau Perak.

  • Jika anda ingin membeli produk emas maka anda click di GOLD, tetapi jika anda ingin membeli produk silver maka anda click di SILVER.

  • Anda boleh pilih produk emas Public Gold sama ada Gold Bar a.k.a Jongkong Emas atau Gold Coin a.k.a Syiling Emas Dinar di ruangan GOLD.

  • Anda juga boleh memilih produk silver Public Gold sama ada Silver Bar a.k.a Jongkong Perak atau Silver Coin a.k.a Syiling Perak Dirham di ruangan SILVER.

  • Anda boleh meletakkan berapa kuantiti Emas atau Perak yang anda ingin beli di ruangan Quantity.

  • Contoh yang saya beri, saya membuat tempahan 1set Gold Bar 10gram yang bernilai Rm1683,00.

  • Selepas sahaja anda meletakkan kuantiti emas atau perak yang anda ingin beli, secara automatik sistem akan membuat kiraan jumlah ( Harga semasa Emas atau Perak + Gold Premium mengikot berat gram = Total Harga Pembayaran).

  • Jika anda bersetuju dengan harga yang dipaparkan di ruangan Total Amount Rm, maka anda boleh click Next.

# Step 2 #
  • Selepas anda menekan Next di page yang sebelumnya, akan keluar page baru iaitu page Step 2.

  • Terdapat 2 pilihan Oder For :

    - Myself


    - Third Party

  • Myself = adalah untuk membuat tempahan atas nama anda sendiri

  • Third Party = adalah untuk kegunaan Dealer yang ingin membuat tempahan bagi pihak pembeli secara atas talian ( online )

  • Jadi jika anda cuma pembeli biasa dan ingin membuat belian emas atau perak untuk diri sendiri maka anda boleh pilih Myself, tetapi sekiranya anda seorang yang berstatus Dealer dan ingin membuat tempahan untuk pembeli lain anda boleh pilih Third Party.
    ( cara dia berbeza sedikit insyaallah akan saya jelaskan di blog akan datang )

  • Selepas anda Click Myself akan keluar satu lagi page baru, di page ini terdapat semua info butiran pribadi anda seperti Nama Penuh, No Ic, No Fon, Email, dan PG Code
    (atas sebab itu saya blank kan).

  • Select Payment Option : anda perlu memilih Full Payment sebagai tanda anda akan membuat bayaran penuh keatas emas yang ditempah.

  • Select Payment To Bank Option : di ruangan ini anda dikehendaki untuk memilih bank yang mewakili akaun bank yang Public Gold gunakan, Terdapat 2 jenis bank di ruangan ini iaitu Maybank dan Public Bank, anda boleh pilih salah satu bank yang anda rase mudah untuk berurusan.

  • Remarks On Order : di ruangan Remarks ini anda boleh meninggalkan sebarang pesanan untuk di ambik perhatian oleh HQ Public Gold  atau Staff Public Gold yang bertugas.

  • Setelah semua info yang terdapat di page ini dipastikan betol dan tepat anda boleh Click Next.


# Step 3 #
  • Selepas anda Click Next akan keluar lagi satu page baru, ini adalah page final sebelum anda Click Submit Order.

  • Di page ini akan dikumpulkan semua data-data dan info-info yang anda buat dari
    # Step 1 # sehingga # Step 3 #.

  • Terdapat info dan data seperti Nama Penuh, No Ic, Alamat Surat Menyurat, No Fon, Email, dan Jumlah Pembayaran yang perlu di buat.

  • Sebelum anda Click Submit Order, anda mesti dan wajib pastikan segala info dan data di dalam page ini betol dan tepat.

  • Anda perlu semak Nama Penuh, No Ic, Alamat, No Fon, Email, Produk Emas atau Perak yang anda pilih, dan Harga, sekiranya semua info-info tersebut betol dan tepat baru lah anda Click Submit Order.

  • Selepas anda Click Submit Oder selang beberapa minit anda akan menerima satu email dari HQ Public Gold sebagai tanda Order yang anda buat sebentar tadi telah dimasukan kedalam sistem dan akan diproses oleh HQ Public gold.

  • Didalam email tersebut akan memaparkan semua info-info dan data-data yang sama seperti didalam gambar rajah diatas.

  • Didalam email itu juga terdapat No. Akuan Bank Public Gold ( Maybank / Public Bank ) untuk anda membuat pembayaran secara bank in.

  • Slip Bank in yang dibuat perlu di email semula kepada HQ Public Gold sebagai tanda pengesahan yang anda telah membuat pembayaran keatas emas yang ditempah,
    ( payment@publicgold.com.my ) anda juga perlu menyimpan slip bank in tersebut dengan baik kerana anda perlu membawanya ketika ingin mengambil Emas yang ditempah di Cawangan Public Gold yang telah anda Set di dalam Order.

P/s : sebelum anda emailkan slip bank in kepada HQ Public Gold anda perlu menulis sedikit info seperti Nama Penuh, No Ic, No Fon dan No. Order ( CSO****** ) ia akan memudahkan HQ Public Gold untuk mengenal pasti mana satu order yang telah anda buat.


Cukup Mudah, Cepat, Telus dan Selamat untuk membuat tempahan Emas bersama Public Gold melalui Tempahan atas talian ( Online Order ).


Selamat mencuba, jika ada sebarang soalan boleh tinggalkan komen dibawah atau boleh PM saya di inbox Facebook Muhammad Azfar, insyaallah saya cuba jawab sebaik dan secepat mungkin segala soalan yang diutarakan kepada saya. 


Wa'allahuaklam.....

Friday, September 25, 2015

Cara Login Website Public Gold Dengan Mudah

Dah pernah beli emas dengan Public Gold, tapi tak tahu nak login ke website untuk buat order sendiri. Ataupun dulu pernah login kali pertama menggunakan Temporary Username, tapi kali ni tak dapat login bila guna Username yang sama. Nak lock order sendiri, tapi tak tahu nak buat atau ada masalah untuk login. Nak mintak tolong dealer, tapi dealer pun kekadang tak sempat lock harga yang kita nak. Jadi, macam mana nak buat?

Ini isu teknikal biasa orang rujuk pada saya. Bagi yang tak pernah beli emas dari Public Gold, ikuti panduan di artikel saya bertajuk “
Cara Mudah Beli Emas Public Gold“. Bagi yang pernah beli, ikut panduan di bawah ini supaya anda jadi pelabur merdeka! Tak perlu terlalu bergantung kepada dealer. Uruskan sendiri semua urusan jual beli. Rujuk kepada dealer hanya untuk dapatkan consultation jer.

Untuk login ke website Public Gold. Ikut langkah yang saya sediakan ni step-by-step:

  1. Dapatkan Username
  2. Dapatkan Password
  3. Login Ke Website

Langkah #1 – Dapatkan Username

Username sebenar untuk login ke website Public Gold ialah Account Code (atau selalu diistilahkan sebagai “PG Code”). Setiap orang yang pernah beli terus daripada Public Gold akan diberi PG Code tak kira samada anda pembeli biasa ataupun dealer Public Gold.


Untuk dapatkan PG Code, buka balik Sales Order yang anda terima daripada Public Gold. Lihat bahagian yang tertulis “Account Code”. Account Code itulah username anda untuk login ke website Public Gold.


PG Code : PG041166 - Muhammad Azfar -

Kalau anda tak pasti “Account Code” anda, contact dealer yang tolong lock order untuk anda masa kali pertama beli emas dengan Public Gold. InsyaAllah dealer boleh dapatkan untuk anda. Kalau anda beli direct dari office Public Gold tanpa melalui dealer, anda call balik cawangan Public Gold yang anda berurusan. Bagi tahu yang anda nak dapatkan PG Code untuk login ke website.


Langkah #2 – Dapatkan Password

Ok, bila dah dapatkan PG Code sebagai “Username”, sekarang ni anda perlu 
dapatkan “Password” untuk login.

Skrin #1 : Pergi ke web www.publicgold.com.my, dan klik “Login”.

Skrin #2 : Tekan “Forgot Password”.

Skrin #3 : Masukkan PG Code (atau ID, atau A/C Code) anda, dan “Submit”

Skrin #4 : Buka email, copy “Security Code”, dan klik activition link.

Skin #5 : Masukkan “Security Code” yang anda terima dalam email seperti Skrin #4, dan masukkan Password yang baru.


Langkah #3 – Login Website


Ok, sekarang anda dah boleh login website Public Gold dan boleh buat order sendiri. Pergi ke website
 www.publicgold.com.my dan klik “Login”.


Skrin #6 : Masukkan username dan password baru

Dan pastikan tick “I am human”.



Untuk buat belian, anda boleh ikuti langkah yang saya tunjukkan dalam artikel “Cara Mudah Beli Emas Public Gold (Online)“. Ikut betul-betul langkah mulai SKRIN #7 dalam artikel tu.


Kalau Tak Berjaya?


Ada sesetengah orang masih tak dapat login lepas ikut step yang saya terangkan ni. Kalau macam tu, kena minta Public Gold tolong resetkan password. Caranya, masuk website bahagian Contact Us > Enquiry, isi borang tu dan copy paste ayat saya di bawah ni dalam ruangan mesej.



I could not login to this website using my PG Code. I’ve tried to reset the password but still unsuccessful. Could you help me on this matter. Thank you.





Lepas tu, tunggu respond daripada staff Public Gold melalui email. Biasanya paling lewat pun mereka akan respond dalam masa setengah hari bekerja.


Mudah-mudahan panduan ini membantu anda menjadi penyimpan emas yang merdeka, insyaAllah.

Wallahu a’lam.




Wednesday, September 23, 2015

101 KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN PUBLIC GOLD


101 KELEBIHAN PUBLIC GOLD!

1. Produk emas & perak yang bebas GST
 

2. Produk emas & perak diiktiraf LBMA (London Bullion Market Association)

3. Syarikat pertama yang mengeluarkan jongkong Silver yang terbesar di Malaysia-5kg (investment Precious Metals)

4. Syarikat pertama yang mempunyai GAP (Gold Accumulation Program)
 

5. Syarikat pertama yang mempunyai SAP (Silver Accumulation Program)
 

6. Syarikat emas yang menyediakan akaun simpanan emas/perak bersama untuk anak-anak pelanggan

7. Satu-satunya Dinar emas pertama yang bebas GST di Malaysia & Singapore

8. Most circulated Dinar in Malaysia/dunia

9. Kualiti produk No. 1- berat and purity produk yang sangat jitu




10. Gold bar design yang tercantik di Malaysia

11. Gold bar design banyak pilihan dengan pelbagai terma

12. Produk edisi terhad - 1gm goat & 1gm Hari Raya

13. Pelbagai pilihan produk, jongkong emas, jongkong perak serta Dinar

14. Boleh dibeli dari mana-mana di seluruh dunia sama ada melalui AGSS atau GAP

15. Beli emas dapat emas

16. Harga emas/gram murah

17. Harga terendah di Malaysia

18. Harga jauh lebih murah berbanding kedai emas yang lain

19. Harga jual beli transparent dan dipaparkan dalam laman web 
www.publicgold.com.my

20. Susut nilai yang rendah

21. Senang untuk dijual balik

22. Jaminan belian balik
 

23. Buy back produk Public Gold walaupun calar/bengkok

24. Produk boleh di Ar-Rahnukan di kebanyakan Ar-Rahnu provider

25. IPM (Investment Precious Metals) bertaraf antarabangsa

26. Emas serendah 0.5gm, menggalakkan simpan emas di Malaysia

27. Menjadikan emas sebagai aset yang senang dimiliki oleh semua

28. Guarantee quality dengan ketulenan 999.9
 

29. Custom minting No. 1 di Malaysia

30. Dilantik sebagai pengeluar rasmi -Royal Minter untuk Royal Collections sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-14 (11 April 2012)




31. Mint syiling “Anak Malaysia” untuk Australian company- Royal East Ptd. Ltd

32. Mint Gold brooch untuk untuk bank yang terbesar di Vietnam - Vietin Bank

33. Mint jongkong emas untuk redONE - Mobile service provider

34. Brand emas yang sangat popular di Malaysia

35. Harga dikemaskini setiap 20 minit, dapat lock harga murah walaupun tengah malam

36. Teknologi web yang canggih

37. Database powered by Oracle

38. Sistem lock yang telus & senang

39. Boleh Jual beli 24jam 7hari seminggu

40. Online gold trading platform yang pertama & terbaik di Malaysia

41. Cawangan yang banyak 18 cawangan di Malaysia termasuk 1 di Singapore

42. Brand yang dikenal seluruh dunia

43. Customer yang paling ramai di Malaysai, melebihi 70ribu

44. Pengedar yang paling ramai di Malaysia

45. Investor yang paling ramai di Malaysia

46. Promosi yang menarik dari semasa ke sama

47. Mempunyai marketing materials yang menarik

48. Satu-satunya syarikat emas yang mempunyai ruangan khas untuk article emas & perak di suratkhabar (Nanyang Siang Pao & Kwong Wah Yit Poh)

49. Berjaya mengadakan lebih 50 seminar percuma setiap bulan di seluruh Malaysia

50. Satu-satunya syarikat yang kekal aktif menganjurkan seminar emas sejak
2008 yang diadakan hampir setiap hari di seluruh Malaysia.

51. TIGA kali disenaraikan dalam Malaysia Book of Records
 

52. Malaysia Book of Records - sebagai syarikat pertama yang keluarkan jongkong emas yang tersendiri

53. Malaysia Book of Records - sebagai syarikat pertama yang keluarkan jongkong perak yang tersendiri




54. Malaysia Book of Records - sebagai muzium yang pertama di Malaysia-PG Gold Museum

55. Syarikat yang mendapat awards & recognition yang terbanyak di Malaysia

56. Jenama yang terunggul di Malaysia

57. The Gold company with the most media coverage (interview, newspaper, TV, online media) in Malaysia, melebihi 10,000 kali

58. Platform perniagaan emas yang terbaik untuk pengedar Public Gold

59. Satu-satunya syarikat yang tiada yuran keahlian untuk pengedar

60. Maksimakan keuntungan jika anda menjadi pengedar

61. Introduce saja dah dapat insentif

62. Incentive yang menarik untuk pengedar-pengedar

63. Berkongsi pengetahuan/ilmu dengan pengedar/pelanggan melalui seminar percuma

64. Promosi pengiklanan untuk pengedar seperti pengiklanan suratkhabar, Facebook, seminar dan sebagainya.

65. Percutian FREE ke luar Negara untuk pengedar yang berkelayakan – Public Gold Leadership Seminar-SIP Trip

66. Car Fund-Kereta Percuma untuk Master Dealer yang berkelayakan

67. Satu-satunya syarikat emas yang menyediakan Localized marketing fund untuk membantu pengedar-pengedar
 

68. Satu-satunya syarikat emas yang menyediakan Q-Bonus untuk pengedar-pengedar
 

69. Training kepada Dealer dengan subsidi >60% ditaja oleh Public Gold

70. Program SIP Orientation untuk semua pelangan/pengedar menyaksi sendiri syarikat beroperasi

71. Berpeluang merasi pengalaman menaiki Kereta Rolls Royce, Porche, Brabus milik Public Gold.

72. Empayer network boleh pass ke generasi akan datang

73. Komited untuk membantu dealer menjadi jutawanemas

74. Master dealer Forum untuk bagi feedback dan update info

75. Kebanyakan mentor-mentor Emas di Malaysia lahir dari Public Gold

76. Satu-satunya syarikat emas yang teguh, bertahan sehingga sekarang 8 tahun

77. Dipercayai dalam gold industri selama 8 tahun

78. Insentif pengedar tepat pada masa, 20hb setiap bulan

79. Pengedar/pengedar berpeluang untuk bertemu dengan pengasas Public Gold
 

80. Sebagai benchmark dalam industri emas




81. Raja Permaisuri Agong sudi mencemar duli untuk menyertai pertandingan Golf Tahunan Public Gold selama 2 tahun

82. Global Business Centre –HQ yang dirasmikan oleh Raja Permaisuri Agong

83. Syarikat yang mempunyai visi yang jauh

84. Best Service team yang sedia ada
 

85. Mempunyai pasukan pengurusan yang kuat

86. Syarikat yang mempunyai rekod yang terbaik

87. Berpegang pada core values Public Gold- Unity , integrity & Fairness

88. Melancong bersama pengedar dengan kapal terbang & yatch milik Public Gold pada masa akan datang

89. 1st Ar-Rahnu service di Singapore (916 Pawnshop Pte. Ltd.)

90. Syarikat Emas yang pertama mempunyai Muzium emas-PG Gold Museum yang terunggul di Asia

91. Jongkong emas yang terbesar 50kg di Malaysia dipaparkan di PG Gold Museum

92. Jongkong perak yang terbesar 30kg di Malaysia dipaparkan di PG Gold Museum

93. Memiliki Koperasi Dagang Emas (KDE)

94. Public Safe –menyediakan servis peti simpanan keselamatan untuk pelanggan

95. PG Foundation untuk aktiviti amal di seluruh Malaysia

96. Sentiasa membuat kerja amal- charity untuk anak-anak yatim dan warga emas




97. Servis AGSS – Allocated Gold Storage Service, pelanggan boleh beli produk Public Gold walaupun dari luar Negara.

98. X-plan, tukar emas/perak kepada produk Public Gold dengan harga yang berpatutan di Malaysia

99. Menubuhkan Malaysia Gold Association (MGA) dan berjaya mendapat pengecualian GST untuk logam berharga pelaburan, (IPM -Investment Precious Metals)

100. 1stop trading centre in Malaysia

101. Public Gold is the best in the world

Akaun GAP Dan Anak Anak Kecil

AKAUN GAP UNTUK MASA DEPAN ANAK ANDA

Akaun GAP (Gold Accumulation Program) amat sesuai untuk anak - anak kecil yang baru dilahirkan atau di peringkat Tadika atau di peringkat Sekolah Rendah mahupun untuk peringkat Sekolah Menengah.

ini kerana Akuan GAP anak - anak ini boleh digandingkan bersama Akuan GAP Ibu atau Ayah.

* Kanak kanak berusia bawah 18 tahun boleh mengaktifkan Akaun GAP mereka dengan cara digandingkan bersama sama akaun GAP ibu atau ayah.

* Akaun GAP Pribadi atas nama anak tapi diurus tadbir oleh ibu atau ayah

* Gram Emas yang dikumpul didalam akaun GAP anak boleh di tebus oleh ibu atau ayah sehingga usia mereka mencecah 18 tahun, selepas dari itu ibu atau ayah tidak boleh lagi menebus gram Emas yang terdapat di dalam Akuan GAP anak, ini kerana dia sudah berada pada usia yang matang dan secara automatik Akuan GAP nya di upgrade menjadi Akuan GAP Dewasa, Hanya Tuan empunya Akuan GAP sahaja yang boleh membuat tebusan gram Emas yang terdapat di dalam Akuan GAP nya,

bayangkan anda mula menyimpan dan menabung gram Emas untuk anak anda dari usia dia 1bulan sehingga 20 tahun tanpa di usik 
(sebulan 1gram - 2gram)

1 tahun = 12 bulan = 12gram / 24gram

20 tahun = 240 bulan = 240gram / 480gram

nilai 1gram Emas 999.9 24k setiap bulan berbeza harga
ada kemungkinan anda membeli ketika harganya rendah
ada kemungkinan anda membeli ketika harganya tinggi

jadi jika anak anda sudah mempunyai simpanan gram Emas sebanyak 240gram atau 480gram bayangkan pada ketika itu 1gram sudah mencecah Rm200 - Rm300 atau lebih dari itu....

secara automatiknya anak anda sudah mempunyai Aset dan Dana simpanan yang kukuh dan stabil jika nak dibandingkan dengan simpanan dalam bentuk Wang Kertas

saya ambik contoh :

Harga Emas tidak boleh jatuh kurang dari Rm140 mulai tahun ini 2015

mengikot rekod dan sejarah harga Emas Dunia.

Jadi jika anda mula menyimpan dan menabung gram Emas dari sekarang maka pontensi untuk mengumpul gram Emas sebanyak 480gram selama 20 tahun tidak mustahil...!!!!


- 480gram x Rm250 (nilai 1gram) = Rm120,000,00 tersimpan


Sumber - Sumber Dana Yang Biasa Anak Terima :

1- Duit Sedakah kelahiran

2- Duit Majlis cukur jambul atau aqiqah

3- Duit Raya dari Sedara Mara atau Kawan-kawan

4- Duit memang khas dari ibu dan ayah



Setiap duit-duit yang diberi dan diterima oleh anak anak, kita sebagai ibu dan ayah perlu amanah dalam menguruskannya, ini kerana itu adalah duit dan hak anak anak kita, duit tersebut tidak boleh digunakan dengan sewenang wenangnya oleh ibu dan ayah, jika ia diguna untuk kepentingan ibu dan ayah maka ibu dan ayah wajib mengantikannya semula, jika tidak digantikan ia akan dikira sebagai berhutang dengan anak anak.

jadi saya mengesyorkan agar 70% dari duit yang di terima disimpan didalam bentuk gram Emas 999.9 24k dan jangan diusik selagi mana tidak mendesak untuk digunakan, biar ia terkumpul dan berkembang nilai nya dari semasa ke semasa.

wallahuaklam...

Insyaallah Rezeki dari Allah tapi untk mendapatkan rezeki itu kita kena berusaha dan mohon pada Allah

sedikit perkongsian untuk simpanan anak anak demi masa depan nya
sebarang persoalan atau pertanyaan anda boleh tinggalkan komen dibawah insyaallah saya akan cuba menjawab soalan tersebut dengan sebaik mungkin

nak tahu bagaimana nak membuka Akuan GAP untuk anak anak..???
boleh inbox di Facebook saya Muhammad Azfar :)

Tuesday, September 22, 2015

Proses Belian Emas yang cukup Telus dan Amanah dari Public Gold

Assalamualaikum Semua
saya ingin berkongsi satu sistem yang sangat TELUS yang diguna
pakai oleh Public Gold Sdn. Bhd :
Semua tempahan Emas Public Gold dibuat secara online melalui webiste Public Gold, Dealer-dealer Public Gold yang bertauliah akan menguruskan segala tempahan yang di buat oleh para pembeli, jadi saya nak tunjukan bertapa telus dan amanahnya urustadbir Public Gold dalam menguruskan setiap tempahan.
Sebelum oder :
- cstmer boleh semak harga di website Public Gold, www.publicgold.com.my
( setiap 20minit harga berubah )

- cstmer boleh refer pada Dealer yang mengurusan tempahan, tanya sama ada waktu ini sesuai atau tidak untuk membuat belian, Dealer akan bagi nasihat dan garis panduan yang betol mengenai emas public gold dari segi harga dan kesesuai gram emas yang nak ditempah oleh pembeli ( berdasarkan bajet pembeli / long term price )

- bila pembeli dah bersetuju dengan garis panduan dan harga yang diberi maka baru boleh begerak ke next step.
Pra oder :

- Dealer akan mintak butiran pribadi pembeli untuk di masukan kedalam sistem tempahan, dan dealer akan ulangi semua harga yang dipersetujui kedua-dua pihak.

- Sekiranya tiada perubahan yang ingin dibuat maka Dealer akan submit oder yang di buat oleh pembeli ke HQ Public gold.
Proses terakhir oder :

- setiap kali oder yang di buat, Dealer akan dapat penyata belian emas pembeli sebagai rekod jualannya.

- setiap kali oder yang di buat, pembeli juga akan menerima penyata belian sebagai rekod belian emas bagi pihak nya melalui email.

- di dalam penyata tersebut ada perjanjian hitam putih antara pembeli dan Public Gold.

- jadi jika belaku sebarang masalah dengan tempahan emas tersebut, pembeli boleh merujuk kepada Dealer yang menguruskan tempahan, atau terus rujuk pada cawangan Public Gold yang terdekat atau boleh terus rujuk pada HQ Public Gold di Bayan Lepas Peneng, tidak ada masalah, ini kerana Public Gold memberi jaminan 100% emas yang ditempah akan diterima pada pembeli yang membuat belian. ( make sure kena buat pembayaran dulu la hihi dalam tempoh 24h - 48h baru emas dikeluarkan )
saya sertakan contoh penyata yang pembeli akan terima :

selepas sahaja tempahan di SUBMIT ke HQ Public Gold,
Pembeli akan menerima penyata ini melalui Email Pribadi Pembeli

saya sertakan contoh penyata yang Dealer akan terima :


selepas sahaja tempahan di SUBMIT ke HQ Public Gold, Dealer akan menerima penyata ini


bagi yang berhajat nk menyimpan dan memiliki Emas bersama Public goldanda boleh berurusan dengan saya Muhammad Azfar | Priority Dealer | PG041166 | Whtsp : 017 624 2417

Monday, September 21, 2015

Public Gold Dan Nadir Metal Refinery



Latar Belakang Nadir Metal Refinery,

Pengeluar Emas dan silver Public Gold, u
ntuk pengetahuan anda, kesemua emas LBMA dan perak LBMA Public Gold dikeluarkan oleh Nadir Metal Refinery.

Saya ingin berkongsi maklumat dengan anda tentang latar belakang Nadir Metal Refinery.
Pengasas dan Pemilik

Pengasas Nadi Metal Rafineri - Nadir Tütüncü -

  • Pengasas dan pemilik Nadir Metal Refinery bernama Nadir Tütüncü.
  • Beliau seorang usahawan Islam di Turki.
  • Beliau memulakan perniagaan scrap gold sejak tahun 1967. Pada tahun 1993 beliau menubuhkan Nadir Metal Refinery San. Tic. Ltd. Sti.

Maksud perkataan Nadir



Bahasa Melayu = Berharga dan jarang dijumpai

Nadir bermaksud = Precious & Rare (in Arabic word)

Pada tahun 1999, beliau menandatangani perjanjian usaha sama dengan Degussa Jerman, sebuah syarikat perdagangan emas dari Jerman dan mewujudkan syarikat kerjasama bernama Nadir-Allgemeine.


Pada tahun 2001, Nadir Tütüncü membeli semua pegangan di dalam syarikat Nadir-Allgemeine dan meneruskan operasi dengan nama Nadir Metal Refinery San. Tic. Ltd. Sti

Pencapaian Nadir Metal Refinery

Nadir Metal Refinery merupakan syarikat pertama Turki yang disenaraikan sebagai ahli LBMA – London Bullion Market Association iaitu pada Disember 2011 untuk emas dan Jun 2012 untuk perak.



Ini membolehkan produk keluaran Nadir Metal Refinery diiktiraf di seluruh dunia


Kerjasama Nadir Metal Refinery & Public Gold International Bhd



Atas sebab-sebab diatas, Public Gold memilih Nadir Metal Refinery sebagai pengeluar emas jenama Public Gold



Harga emas Nadir Metal Refinery yang murah, kualitinya yang tinggi serta pengiktirafan antarabangsa dilihat mampu memberikan keuntungan yang maksima kepada pelanggan Public Gold.


Public Gold memilih Produk Muslim Turky, sebagai pembekal dan pemproses emas keluaran Public Gold.

Jadi tidak ada isu lagi yang Public Gold ini khusus untuk none muslim, emas berstatus GLOBAL semua orang, semua bangsa, semua agama boleh memilikinya, yang berbeza dari segi hukum agama islam sahaja.